Saturday, December 27, 2008

pengajaran buat MU BUSH....(semak)


video

Bush dibaling kasut oleh wartawan Iraq

BEBERAPA hos rancangan larut malam televisyen Amerika Syarikat (AS) mempersendakan Presiden George W Bush yang diserang kasut terbang ketika mengadakan sidang akhbar di Baghdad awal minggu ini. Ada yang melakonkan semula kejadian mengaibkan itu dan ada pula berkata, akhirnya umum dapat juga tahu satu-satunya perkara yang Bush pandai buat - mengelak terkena objek terbang. Bukan sekali tetapi dua kali Bush membuktikan beliau pandai mengelak. Presiden Amerika itu mengambil ringan kejadian berkenaan dengan menyatakan beliau bukan hanya pandai mengelak kasut tetapi juga cekap mengelak daripada menjawab soalan dikemukakan wartawan.


Menurut Bush, beliau tidak mengetahui apa yang mendorong wartawan televisyen Iraq, Muntazer al-Zaidi melakukan serangan itu dan beliau tidak berasa terancam oleh tindakan pemuda itu. Faham atau pura-pura tidak faham, agak mustahil bagi Bush sekarang untuk melenyapkan kejadian itu daripada ingatan ramai. Besar kemungkinan kejadian itu akan menjadi imej tunggal disimpan umum berhubung tempoh pemerintahan Bush selama lapan tahun yang akan berakhir 20 Januari ini.

Bush dan kasut, begitulah imej yang mungkin akan dicetuskan apabila nama presiden ke-43 AS itu disebut. Malah, imej itu sudah pun kelihatan di Iraq dan juga Palestin di mana kasut dan gambar Bush diarak oleh penunjuk perasaan sebagai simbol kemarahan mereka terhadap dasar AS. Memang benar, ia sangat mengaibkan tetapi itulah hakikatnya, Bush amat dibenci di dunia Arab. Tindakan Zaidi membaling sepasang kasut ke arah Bush membawa mesej jelas walaupun Bush pura-pura tidak memahaminya. Tindakan wartawan Iraq itu bukan hanya menyatakan bantahan ke atas pencerobohan Iraq oleh tentera AS tetapi juga sebagai usaha mengaibkan Bush untuk selama-lamanya.

Seorang pengulas dari Mesir berkata, ketika diwawancara televisyen Al-Hayat, jika Bush tidak faham perjuangan wartawan itu dan mesej di sebalik kasut terbang, Barack Obama mungkin lebih memahaminya dan akan memulihkan segala yang dirosakkan oleh Bush. Rata-rata reaksi dunia Arab mengalu-alukan serangan berkenaan. "Ucapan selamat tinggal yang wajar kepada seorang penjenayah perang," jerit tajuk ulasan muka depan akhbar Al-Quds Al-Arabi yang berpangkalan di London. Akhbar itu berkata, Bush tidak dialu-alukan sebagai wira pembebasan dengan diberi bunga tetapi dilempar kasut. Akhbar Jordan, Al-Ghad juga mengalu-alukan tindakan wartawan Iraq itu. "Membaling kasut ke arah Bush adalah kucupan selamat tinggal terbaik. Ia mencerminkan betapa bencinya orang Iraq dan Arab terhadap Bush... Beliau adalah pemerintah kuku besi dan mendapat balasan mengaibkan di atas perbuatannya membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada berjuta orang di seluruh dunia." Kumpulan hak asasi di dunia Arab turut mengalu-alukan tindakan Zaidi itu dengan menyatakan ia adalah tindak balas semula jadi terhadap perang dibawa Bush ke Iraq. Dari segi etika kewartawanan, apa dilakukan Zaidi tetap salah. Tidak siapa boleh mewajarkan perbuatan itu kerana apabila seseorang memanggil sidang akhbar, beliau berhak beranggapan wartawan akan bersikap profesional. Namun, tidak mungkin kita yang hidup dalam dunia serba aman ini dapat menyelami perasaan seseorang yang hidup di dunia yang penuh bergolak seperti Iraq. Mungkin selepas mengharungi apa yang dialami penduduk Iraq sejak lima tahun lalu, barulah kita memahami mengapa Zaidi membaling kasut itu.

Thursday, November 13, 2008

apabila Islam mula dihina...

video


KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy ataupun pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.

Katanya fatwa yang dikeluarkan akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.

"Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikaian tetap timbul, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup.

"Sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi," katanya dalam satu kenyataan media.

ABIM katanya, khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.

Pendekatan terbaik kata Yusri untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan-perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.

"Kita cadang Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan mengambil inisiatif lebih aggresif."

"Ini untuk menjelaskan kepada masyarakat umum rasional fatwa terbaru itu demi meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut," katanya.

Wednesday, November 12, 2008

dunia nantikan perubahan...


The whole world has been caught up in the election of America’s first black president, and Malaysia is no exception. So what is it about Barack Obama that fascinates us?




Semoga kemenangan yang diperolehi diisi dengan perubahan yang lebih positif dan baik berbanding pemerintahan lepas. Bukan sahaja rakyat Amerika menantikan perubahan daripada pemimpin baru mereka, tetapi dunia juga menginginkan demikian. Harapan dunia agar Barrack Obama mengetuai AS untuk mengkaji segera polisi dasar luarnya, terutama dalam isu yang membabitkan Timur Tengah dan dunia Islam keseluruhannya. Kami juga mengharapkan agar Obama mencari segera jalan penyelesaian untuk konflik di Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa buah negara Islam yang lain. Semoga Allah memudahkan penyelesaian pada konflik yang berlaku ke atas negara-negara Islam (Timur Tengah) agar mereka juga mengecapi kenikmatan hidup seperti kita...aminn...dunia nantikan perubahan...


"Kita mahu Obama membuka 'era baru' kepada politik dunia agar tidak lagi bersikap 'kuku besi' dan 'double standard' sebagaimana rejim sebelum ini!!"

Tuesday, October 28, 2008

MUSIM PEPERIKSAAN...


'ALLAHUMMA NAJIHNA FIL IMTIHAN....3X...NAJIHNA FIDDIN FIDDUNYA WAL AKHIRAH..'


3 NOVEMBER 2008 - 4P (Subjek Pendidikan)


4 NOVEMBER 2008 - Sains Alam Sekitar


6 NOVEMBER 2008 - TSP II


10 NOVEMBER 2008 - Pengenalan Biologi I

11 NOVEMBER 2008 - Elektromagnet

12 NOVEMBER 2008 - Termodinamik


'semoga Allah Mempermudahkan dan menolong hambaNYA dalam menghadapi ujian kecil ini'




p/s : kepada sahabat-sahabat semua, bitaufik wan najah utk final ini...'Allahumma yasir wala tu 'assir'...




Sunday, October 26, 2008

THE BIG BANG!!!


Dunia pernah digemparkan suatu ketika dahulu ketika di abad ke-19 dengan suatu teori sains yang menjadi perdebatan besar antara saintis dunia pada ketika itu. Dua aliran pemikiran yang berbeza telah mencetuskan dua teori sains yang berbeza. Persoalan utama dalam perdebatan yang memakan masa hampir beratus tahun ini sebenarnya secara tidak langsung berkait rapat dengan persoalan pegangan manusia yang menunjukkan sama ada seseorang itu percaya akan wujudnya tuhan atau tidak ( golongan athies ).’Alam Semesta Telah Dicipta Dari Tiada’ merupakan persoalan telah melahirkan dua ideologi yang pro dan kontra. Permainan ideologi ini sangat merbahaya kerana membabitkan pegangan seseorang dalam kepercayaan mengenai kewujudan Tuhan ( yang berkuasa ). Lantas, ianya berakhir pada abad ke-20 di mana salah satu ideologi ini telah dicampakkan ke dalam timbunan sampah sejarah berlandaskan kepada penemuan-penemuan saintifik serta sumber-sumber ilmu yang komprehensif dan logik.

Pemerhatian secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan yang semua golongan anti-agama mengasaskan falsafah mereka berdasarkan pemikiran materialis ( kebendaan ). Materialisme merupakan satu ideologi ataupun sistem pemikiran yang menganggap jirim atau benda sebagai satu kewujudan yang mutlak dan menafikan kewujudan yang selain darinya. Ideologi ini berasal dari zaman Greek Purba dan mendapat peningkatan dalam penerimaan masyarakat umum terutamanya pada abad ke-19 di mana menjadi masyhur dengan fahaman materialisme dialektik (berlandaskan perbincangan dan perdebatan) yang dibawa oleh Karl Marx (pengasas). Sistem pemikiran ini mendakwa bahawa jirim atau benda telah wujud sejak Azali dan akan terus wujud untuk selama-lamanya (kewujudan mutlak).Dalam perkataan lain, mereka mendewakan jirim dan benda. Hal ini kerana, sekiranya jirim atau benda tidak mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan. Dengan itu, sekiranya ia mempunyai permulaan bermakna ia telah wujud dari tiada bermakna ia telah diciptakan ( bercanggah dengan ideologi mereka).
Seperti yang telah dinyatakan, ideologi ini menjadi popular khususnya pada abad ke-19. Salah satu sebab utamanya ialah penciptaan model `alam semesta statik’ (static universe) yang terhasil untuk menjawab persoalan ‘bagaimana alam semesta ini diciptakan’. Model ini menjawab persoalan ini dengan menyatakan yang alam semesta ini bukanlah diciptakan, tetapi ianya telah wujud sejak Azali dan akan terus wujud untuk selama-lamanya. Alam semesta diterima sebagai satu himpunan kebendaan yang stabil, tetap dan tidak berubah dan fahaman ini mempromosikan yang alam semesta seperti ini tidak memerlukan seseorang untuk mempercayai akan wujudnya Pencipta.


Jawapan yang telah diberikan oleh ideologi ini 100 peratus bercanggah dengan hukum alam semesta secara umumnya. Lantas, lahirlah seorang demi seorang saintis bagi meneliti seterusnya mengkaji akan sejauh mana kebenaran yang telah diutarakan oleh model ini. Pada tahun 1929, di pusat pencerapan Mount Wilson California, seorang ahli astronomi Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu pertemuan yang terbesar dalam sejarah astronomi. Kajian beliau telah membuktikan bintang-bintang secara berterusan bergerak menjauhi pemerhati (manusia). Konsep ini bertepatan dengan hukum Fizik yang diakui bahawa spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cederung kepada warna ungu sementara spektrum cahaya yang bergerak menjauhi titik pemerhatian pula cenderung kepada warna merah. Penemuan terbesar ini telah diekperimenkan menggunakan teleskop gergasi di mana ketika beliau memerhatikan bintang-bintang di angkasa, beliau telah mendapati bahawa cahaya dari bintang-bintang tersebut beralih ke hujung warna merah spektrum cahaya dan semakin jauh bintang itu dari bumi, peralihan ini menjadi semakin ketara.
Tidak lama kemudian, Hubble menemui satu lagi penemuan yang sangat penting. Beliau mendapati, bintang-bintang dan galaksi-galaksi bukan sahaja bergerak menjauhi kita, tetapi juga antara satu sama lain. Satu-satunya kesimpulan yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta yang setiap sesuatu bergerak menjauhi antara satu sama lain ialah bahawa alam semesta itu ‘berkembang secara berterusan’. Secara praktikalnya untuk menjelaskan penemuan ini boleh dibayangkan sebagai permukaan belon yang sedang ditiup. Sama seperti titik-titik dipermukaan belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu sedang mengembang, begitulah juga objek-objek di ruang angkasa bergerak menjauhi antara satu sama lain semasa alam semesta terus berkembang.
Kenyataan bahawa alam semesta berkembang mencadangkan satu model yang sangat berbeza dari model ‘static universe’ yang telah mendapat sambutan umum. Pengembangan alam semesta membayangkan apabila mengembara ke belakang ke dalam masa, alam semesta akan dibuktikan berasal dari satu titik tunggal. Pengiraan menunjukkan yang ‘titik tunggal’ ini mengandungi segala isi alam semesta seharusnya mempunyai ‘isipadu sifar’ dan ketumpatan tidak terhad. Alam semesta telah wujud melalui letupan titik tunggal dengan isipadu sifar ini. Letupan ini di namakan ‘BIG BANG’ dan teori ini dipanggil berdasarkan letupan ini.
Kita mengkin berasa hairan bagaimana satu titik tanpa isipadu, iaitu tanpa sebarang ruang dan ketumpatan yang tidak terhad boleh wujud. Sebenarnya, ‘satu titik tanpa isipadu dan ketumpatan tidak terhad’ adalah satu bentuk penjelasan secara teori. Secara saintifik, satu titik yang digambarkan sebagai memiliki ‘isipadu sifar’ bermakna satu titik tanpa sebarang isipadu. Sebenarnya, satu titik tanpa sebarang isipadu bermaksud yang ianya ‘tidak wujud’. Dengan itu, alam semesta telah wujud dari tiada. Fakta ini membatalkan segala hipotesis atau andaian materialisme yang mengatakan ‘alam semesta ini telah wujud secara azali’.
Setelah penemuan Big Bang (Letupan Besar) berjaya dikemukakan secara teori dan saintifik, tercabarlah saintis-saintis yang setia dengan falsfah materialisme mereka lantas bangun untuk menentang teori Big Bang ini. Lantas, hasil daripada ketidakpuas hati saintis-saintis ini, maka wujudlah sebuah lagi teori menggantikan teori lama (static universe) iaitu ‘steady state’. Sir Fred Hoyle, seorang ahli matematik dan astronomi terkemuka dunia merupakan orang yang memperjuangkan teori steady state ini demi mempertahankan teori materialisme mereka. Walaupun beliau menerima yang alam semesta berkembang, namun Hoyle mengemukakan yang alam semesta tidak terbatas saiznya dan abadi jangka hayatnya. Menurut model ini, semasa alam semesta ini berkembang, jirim atau benda secara tiba-tiba wujud dengan sendiri dan cuma setakat yang diperlukan. Dengan hanya tujuan berpura-pura untuk menyokong dogma “kewujudan jirim atau benda yang abadi”- dasar falsafah golongan materialisme- teori ini terlalu kontra dengan teori Big Bang yang mempertahankan bahawa alam semesta mempunyai permulaan. Mereka yang mempertahankan teori steady state menentang Big Bang dalam satu jangka masa yang lama. Sains, walau bagaimana pun, tidak menyebelahi mereka.
Terdapat banyak lagi bukti-bukti saintifik yang membuktikan kebenaran teori Big Bang ini. Kesemua bukti-bukti ini menyebabkan masyarakat saitifik terpaksa menerima teori Big Bang. Model Big Bang adalah pendirian terkini yang dicapai oleh sains dalam pembentukan dan permulaan alam semesta. Mempertahankan teori steady state di samping Fred Hoyle bertahun-tahun lamanya,akhirnya, Dennis Sciama menerangkan pendirian muktamad yang dicapai mereka setelah kesemua teori bagi Big Bang didedahkan. Sciama mengatakan yang beliau telah menyertai perdebatan hangat di antara penyokong teori steady state dan mereka yang telah menguji teori ini dengan harapan untuk manyangkalnya. Beliau menambah lagi yang beliau mempertahankan teori steady state bukanlah beliau menganggapnya munasabah tetapi kerana beliau mengharapkan ianya munasabah. Sciama mengatakan beliau pada permulaannya menyokong Hoyle namun disebabkan bukti-bukti saintifik semakin bertambah, beliau terpaksa mengakui yang ‘permainan telah tamat dan bahawa teori steady – state terpaksa disingkirkan’. Prof. George Abel dari Universiti California juga menyatakan bahawa bukti yang ada sekarang yang menunjukkan yang alam semesta telah wujud berbilion tahun lamanya melalui proses Big Bang. Beliau juga mengakui yang beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menerima teori Big Bang ini.




Segala penjelasan dan kajian teori Big Bang ini sebenarnya merupakan bukti akan kebenaran al-Quran yang telah wujud 14 abad sebelum teori ini ditemukan.Teori Big Bang menunjukkan pada permulaannya, semua objek di dalam alam semesta pada asalnya bercantum dan kemudiannya terpisah.Fakta ini yang diandaikan oleh teori Big Bang telah pun dirakamkan di dalam al-Quran 14 abad yang lalu, ketika manusia memiliki pengetahuan yang amat terhad mengenai alam semesta :


‘Dan apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?’
[Surah Al-Anbiyaa’:30]

Semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa dakwaan falsafah golongan materialis yang merupakan dogma abad ke-19 telah dibatalkan oleh sains di abad yang ke-20. Dengan menganggap segala-galanya tidak terdiri daripada yang lain selain jirim ataupun benda dengan menafikan kewujudan Maha Pencipta yang telah mewujudkan jirim atau benda dan mentadbirkannya. Dengan membongkar perancangan yag Agung, seni reka bentuk dan ketertiban lazim yang terdapat setiap bidang kebendaan, sains telah membuktikan kewujudan Maha Pencipta yang mentadbir keseluruhan ruang lingkup kebendaan iaitu Allah. Seni reka bentuk yang kita temui di dalam alam semesta juga wujud di dalam alam kehidupan, menyebabkan tiang utama materialisme dan teori Darwin (kajian mengenai asal usul manusia) runtuh. Secara konklusinya, berdasarkan penemuan secara teori dan saintifik dikuatkan lagi dengan kebenaran ayat-ayat yang dirakamkan di dalam Al-Quran telah membuka mata dan minda masyarakat dunia akan kebenaran sebenar segala jenis kewujudan di muka bumi ini. Lantas, secara tidak langsung segala fakta sains mengakui dan menerima dengan akurnya akan kewujudan satu kuasa yang lebih Agung, mencipta dan mentadbir segala kewujudan di alam fana ini, itulah kuasa yang Maha Hebat (Allah Ta'ala). Namun, secara tersiratnya segala perbalahan dan perdebatan yang berlaku sebenarnya telah disusun oleh kuasa Maha Hebat ini bagi membuktikan akan kebenaran wujudnya Allah yang Maha
Agung.


kalam_suci

Rujukan

Keabadian masa dan hakikat takdir, Harun Yahya
(Terbitan - Saba Islamic Media)

Saturday, October 25, 2008

apa kata hati??


hmm..bagi siapa yang sudah tonton filem ini, pasti memahami apa luahan hati saya ini.. filem yang mantap, gandingan artis-artis terkenal seperti Raja Farah, Farid Kamil, Awie, Kak gy (Ogy) dll. Kisah cinta ala2 komedi..directornya saya xbrape kenal, Saw Teong Hin...hmm..baru jugakla di publishkan kat Malaysia tahun nie..(kalu tak silap)..

Apa yang menariknya??

Filem unggul ini mungkin menarik...bagi sesiapa yang rasa sebegitu..yang penting, bukan saya..mungkin ianya lucu dan menghiburkan hati..tp bukan hati saya..kenapa??apa yang ada dalam filem ini??

Kalau kita lihat dengan mata kasar, filem ini seperti filem2 melayu lain..kisah cinta+komedi..mungkin lucu, mungkin jiwang dll..tapi..apabila kita melihat dengan mata hati, kita akan sedih..menangis..mungkin sampai tahap meraung pabila kita melihat setiap detik babak disiarkan...Kenapa saya kata sebegitu?? Kerana AGAMA SAYA sedang dipermainkan oleh UMATNYA sendiri..dengan arahan seseorang yg bukan dari seagama dengan saya...Lihatlah dari segi pemakaian yang memang tak cukup kain mampu mengeluarkan ayat seperti 'assalamualaikum','astaghfirullah','alhamdulillah' dll..bukan saya sedih kerana dia mengucap sebegitu, tetapi dia mampu mengucap sebegitu dalam membuat kemaksiatan..Memakai tudung sebagai syarat..tp mampu memegang laki2 yang bukan muhrimnya..mampu melolong menyanyikan lagu sekuat hati..mampu menjerit demi menepati arahan director...Memakai tudung apabila digelar 'andartu'..seolah-oleh hinanya orang yang memakai tudung..siapa yg memakai tudung??bukankah umat seagama denganku?? Dengan mudah mengatakan 'g masjidla kalu nak dgr org cakap pasal haji..hormat ibuayah..hal2 baik...hmm..tak terkata...

INILAH TARAF FILEM KITA...NILAIAN YANG PALING RENDAH..SEHINA MEREKA MENGHINA AGAMA SAYA...bukan ini sahaja filem yang sebegini, malah boleh dikatakan semua filem2 sekarang berunsur sedemikian...lihat sajala REMPIT..I'M NOT SINGLE...CINTA..DLL..hanya mampu istighfar..tapi..inilah PUJAAN REMAJA SEKARANG!!IDOLA MEREKA!!ICON MEREKA!!

video

Apa reaksi kita??

kalam_suci

Dosa Sang Guru Kerana Mendidik Anak Muridnya

video

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas. Guru membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila sudah dewasa. Dia mengajar 'anaknya' bagaimana cara menyebut, menulis, membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.Lihatlah, yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah di kemudian hari. Fahamkah ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.
Malanglah sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya – adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab, tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk dibangku seorang guru.Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi. Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru.. Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula.
Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga. Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya...
p/s: ingin daku mencium tangan guru-guruku yang banyak menabur jasa dalam memberiku cahaya untuk menerangi kegelapan jalan hidupku...
http://jarumemas.blogspot.com

Tuesday, October 21, 2008

terisi sebuah kemenangan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus memerah tenaga dalam pilihanraya kampus (prk) kali ini di universiti tercinta, berakhir dengan suatu kemenangan yang sememangnya menggugat pihak lawan seperti PRU yang lepas. Saya sebagai wakil calon kepada Saudara Akmal Madzir, menumpang gembira atas kemenangan tersebut. Beliau berjaya mendapat undian yang tertinggi bagi Calon Umum pada prk kali ini. Namun, perlu sentiasa ingat bahawa kemenangan ini berisi berat amanah yang mesti dipikul oleh si pemenang. Selaku pelaung 'suara mahasiswa' sememangnya perlu merealisasikan segala manifesto yang telah dijanjikan.


Berikut adalah video saudara akmal dalam ucapan semasa rapat umum yang terakhir :

video


Kejutan terhadap pihak lawan begitu terasa kerana mereka akan membuat bantahan terhadap keputusan prk yang diumumkan secara rasmi oleh NC pada jam 7.20pm (21/10/08). Namun, apapun yang berlaku, moga Allah bersama kami..(xtawla ape yang nak derang bantahkan)..



video
Pengumuman rasmi keputusan PRK diumumkan oleh Naib Canselor UPSI

Pemilihan calon PRK dibuat melalui e-Voting

Walaupun sehari sebelum undian berjalan, cerita/fitnah tentang beliau telah tersebar melalui satu blog yang memang khas dicipta sempena PRK kali ini. Pada sebelah pagi hari mengundi pula, tersebar flyers di kawasan bilik kuliah tentang fitnah tersebut. Namun, dengan keberkatan difitnah, Allah mengurniakan kemenangan kepada beliau bagi memberi peluang untuk membersihkan imejnya dan sekaligus dapat membawa niat mulia mengangkat nilai2 islam di universiti yang tercinta ini..TAKBIR!!.. Selain daripada Saudara Akmal, terdapat 7 lagi sahabat pro-M berjaya menumbangkan pihak lawan, antaranya, Nur Aqilah Hanis Bt Yusoff, Arif B. Mohamad, Adriayani, Nur Hafizawati, Hanif dan Zul. Moga, pembaharuan dapat dilaksanakan seiring lantangan manifesto yang dilaungkan dan yang paling penting, semoga Islam dapat dimartabatkan semulianya di univesiti ini agar melahirkan guru-guru yang cemerlang akhlak dan akademiknya.


kalam_suci

Wednesday, October 15, 2008

PILIH LAH PEMIMPIN KITA !!! UPSI MARII

CALON UMUM

AKMAL B. MADZIR
'BERKHIDMAT UNTUK KEBAJIKAN MAHASISWA'

Sunday, October 5, 2008

ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! WALILLAHILHAMD!!..


Sayup semangat laungan takbir kemenangan Badar tatkala menyambut tiap kali kehadiran Syawal setelah berjaya menempuhi madrasah tarbiyyah syahrur Ramadhan. Kegembiraan ibubapa menyambut kepulangan anak-anak setelah kian lama menyepi, kemeriahan di kampung-kampung menyambut kedatangan ‘orang-orang bandar’, kegirangan anak muda pulang ke desa tercinta, namun, jangan terlupa pada OPS SIKAP yang sedang dijalankan agar pemandu menjadi penyantun dijalan raya, namun sejaun mana pemandu mengambil iktibar??wallahu’alam…





Kelucuan iklan-iklan di musim perayaan di kaca tv membuatkan penonton tersenyum lebar sama ada ianya memang jenaka ataupun sindiran kepada diri sendiri..itupunn..wallahu’alam..

video

Kerancakkan rangkaian-rangkaian televisyen dalam mengambil kesempatan mencuri masa umat islam sempena ‘idulfitri ini telah memberi impak yang sungguh besar, sama ada impak positif atau negative. Namun, berdasarkan rancangan-rancangan yang telah diatur dengan ‘baik’ sekali oleh pengatur rancangan tv yang bijak, sememangnya berjaya mencetak generasi alaf baru ini menziarah rancangan di kaca tv tanpa henti daripada menziarah sanak saudara memohon kemaafan. Apa yang paling menyedihkan lagi apabila rancangan yang ditayangkan tidak menepati syariat Islam malah melanggari norma-norma masyarakat yang murni. Sebagai contoh, pada hari raya pertama di TV 3 dalam area jam 2 petang adegan ‘seekor’ mat rempit diatas katil bersama seorang perempuan murahan berkemban tuala putih, tanpa segan silu melakukannya (Filem Rempit VS …). Wajarkah ditayangkan filem sebegitu tatkala umat Islam menyambut kemuliaan Syawal, hanya beberapa jam sahaja Ramadhan berlalu meninggalkan kita semua?
Fikir-fikirkan lahh...itu baru satu je contoh…tak larat nak bagi contoh banyak-banyak..bak kata Nabil.. ‘lu..pikirla sendiri…’…malangnyaa…inilah umat zaman sekarang…tiada penghayatan langsung dalam menyambut kemenangan di bulan Syawal..(dahulu..Rasulullah bertakbir kerana kemenangan Badar…sekarang…umat Rasulullah bertakbir kerana Ramadhan dan abbess..)..Nauzubillahimin zalik…

‘ Ya Allah, Kau jadikanlah aku umat Muhammad yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, keberkatan Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah hidupku dan kemenangan Syawal sebagai tanda ku bersyukur kepadaMU, dan jauhkanlah aku daripada umat yang lalai dalam kehidupan yang sementara..’

Aminnn…Ya Rabbal ‘Alaminn..

Saturday, September 20, 2008

...raikan kehadirannya...

Peredaran hari di bulan mulia ini seakan Buraq membawa Rasulullah ke sidratul muntaha, menggambarkan secara hiperbola betapa pantasnya masa yang berlalu. Ramadhan adalah bulan yang amat significant dengan umat Islam kerana pada bulan inilah pelbagai kelebihan yang Allah kurniakan kepada umat Muhammad ini. Bermula daripada pembelengguan syaitan di neraka, penggandaan pahala amal ibadah sehingga dianugerahkan satu hari di bulan ini diumpamakan amalan seribu bulan seterusnya ditutupnya pintu-pintu neraka dan dibuka seluasnya pintu-pintu syurga. Pelbagai lagi kenikmatan dan anugerah Allah berikan pada bulan mulia ini. Namun, sejauhmana ianya dihargai, bergantung pada keimanan individu muslim itu sendiri. Sempena sambutan Nuzul Quran, 17 Ramadhan, tarikh berlakunya peperangan pertama dalam sejarah umat Muhammad, Perang Badar, satu perkongsian ilmu hasil daripada ceramah Nuzul Quran bertajuk Penghayatan Islam Dalam Konteks Masa Kini. Penghayatan Islam pada konteks zaman cyber ini sebenarnya boleh dikatakan begitu rendah sekali.
Sempena penurunan ayatul Quran yang pertama, Iqra’ bermaksud, Bacalah, menggambarkan bahawa perintah Allah yang pertama kepada umat Islam adalah pembacaan (pengkajian tentang alam ciptaan Allah). Namun, penghayatan dalam suruhan Allah ini tidak diambil berat, maka lahirlah umat Islam masa kini yang ditindas oleh kuffar laknatullah dari segi pemikiran, harta benda dan sebagainya. Hal ini dibincangkan daripada konteks yang umum yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ditafsir secara spontan. Apatah lagi peperangan yang berlaku secara senyap namun mampu merosakkan aqidah umat Islam secara dasarnya. Terdapat dua Iqra’ yang disebutkan di dalam Al-Quran, Iqra’ pertama Allah memerintahkan hambanya untuk membaca dan mengkaji ciptaan Allah berdasarkan alam ciptaan-Nya yang terbentang luas (juga pengkajian Al-Quran). Iqra’ kedua Allah memerintahkan supaya hambanya mengkaji Zat Allah untuk menambahkan keimanan kepada Allah Taala (mengkaji siapa Allah – lebih kepada aqidah – Tawhid Rabbubiyah dan Uluhiyah). Ibrah daripada kedua Iqra’ ini menunjukkan bahawa Allah memerintahkan kita untuk mencari ilmu dahulu / berilmu, barulah Allah memerintahkan untuk kita menyembahnya.
Pengkajian terhadap Al-Quran di mana mengandungi 6666 ayat, sebenarnya terbahagi kepada 9 pembahagian di mana apabila dicampurkan kesemua ayat ini jumlahnya adalah 6666. Bahagian pertama adalah ayatul Amar (Perintah daripada Allah) – disebut di dalam Al-Quran sebanyak 1000 kali. Kedua, ayatul Nahi (Larangan Allah kepada hambanya)- disebut sebanyak 1000 kali. Ketiga, ayatul Wa’at (Janji baik yang Allah berikan untuk hambanya) – disebut 1000 kali. Keempat, ayatul Wa’it (Janji Azab Allah kepada hambanya yang ingkar) – disebut 1000 kali. Kelima, ayat-ayat yang berkisar Kisah/cerita-cerita – disebut 1000 kali. Keenam, ayat Quran tentang tauladan (iktibar)/sempadan – disebut 1000 kali. Seterusnya, ketujuh, ayat tentang hukum-hukum Allah – disebut 400 kali. Kelapan, ayatul Quran tentang doa-doa – disebut 200 kali dan yang kesembilan ayat-ayat nasakh (ayat yang dinasakhkan apabila turun ayatul Quran yang lain atau pun Hadith sahih) – terdapat 66 ayat. Secara keseluruhannya, terdapat 6666 ayat yang terkandung di dalam kitab mukjizat ini, merupakan panduan umat Muhammad ini untuk mentadbir dunia ini.
Di dalam Al-Quran ini, Allah telah memberikan 4 perkara untuk rujukan kepada kita sepanjang hidup demi mengelakkan berlakunya peperangan, pergaduhan dan sebagainya. Pertama, tentang Ibadah/ketuhanan (memilih agama tauhid sebagai landasan), kedua, Muamalat (tentang adab perhubungan dengan sesama manusia), ketiga, Munakahat (tentang kekeluargaan – perkahwinan, wasiat dan sebagainya) dan yang keempat adalah Jenayat (hukuman kepada perbuatan jenayah – berkaitan jenayah). Konklusi daripada perkongsian ilmu ini, Al-Quran merupakan panduan kepada kehidupan kita di dunia ini. Segala ilmu, cara hidup dan sebagainya telah dirakamkan di dalam al-Quran sebagai landasan kepada kita agar tidak tergelincir ke lembah kemurkaan Allah. Moga, bermula Ramadhan tahun ini, kita mampu mengubah hidup kita agar lebih baik dan lebih berdisiplin serta mampu menjadi madrasah terbiyyah kepada kehidupan seterusnya.

kalam_suci

Wednesday, September 17, 2008

…SALAM TAUTAN UKHUWAH…


السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah lama memendam perasaan untuk memiliki blog sendiri, akhirnya alhamdulillah tertunai juga impian kecil di hati ini. Manfaatnya yang pelbagai membuatkan hati benar-benar mahu menggunakan semaksima mungkin kelebihan medium maya ini. Salam perkenalan kepada semua umat manusia di bumi ini umumnya dan kepada bloggers khususnya. Harapan semoga, melalui medium ini hubungan silaturrahim terjana agar dapat mencetuskan satu gelombang pemikiran yang kritikal, InsyaALLAH.

kalam_suci