Dunia pernah digemparkan suatu ketika dahulu ketika di abad ke-19 dengan suatu teori sains yang menjadi perdebatan besar antara saintis dunia pada ketika itu. Dua aliran pemikiran yang berbeza telah mencetuskan dua teori sains yang berbeza. Persoalan utama dalam perdebatan yang memakan masa hampir beratus tahun ini sebenarnya secara tidak langsung berkait rapat dengan persoalan pegangan manusia yang menunjukkan sama ada seseorang itu percaya akan wujudnya tuhan atau tidak ( golongan athies ).’Alam Semesta Telah Dicipta Dari Tiada’ merupakan persoalan telah melahirkan dua ideologi yang pro dan kontra. Permainan ideologi ini sangat merbahaya kerana membabitkan pegangan seseorang dalam kepercayaan mengenai kewujudan Tuhan ( yang berkuasa ). Lantas, ianya berakhir pada abad ke-20 di mana salah satu ideologi ini telah dicampakkan ke dalam timbunan sampah sejarah berlandaskan kepada penemuan-penemuan saintifik serta sumber-sumber ilmu yang komprehensif dan logik.
Pemerhatian secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan yang semua golongan anti-agama mengasaskan falsafah mereka berdasarkan pemikiran materialis ( kebendaan ). Materialisme merupakan satu ideologi ataupun sistem pemikiran yang menganggap jirim atau benda sebagai satu kewujudan yang mutlak dan menafikan kewujudan yang selain darinya. Ideologi ini berasal dari zaman Greek Purba dan mendapat peningkatan dalam penerimaan masyarakat umum terutamanya pada abad ke-19 di mana menjadi masyhur dengan fahaman materialisme dialektik (berlandaskan perbincangan dan perdebatan) yang dibawa oleh Karl Marx (pengasas). Sistem pemikiran ini mendakwa bahawa jirim atau benda telah wujud sejak Azali dan akan terus wujud untuk selama-lamanya (kewujudan mutlak).Dalam perkataan lain, mereka mendewakan jirim dan benda. Hal ini kerana, sekiranya jirim atau benda tidak mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan. Dengan itu, sekiranya ia mempunyai permulaan bermakna ia telah wujud dari tiada bermakna ia telah diciptakan ( bercanggah dengan ideologi mereka).
Seperti yang telah dinyatakan, ideologi ini menjadi popular khususnya pada abad ke-19. Salah satu sebab utamanya ialah penciptaan model `alam semesta statik’ (static universe) yang terhasil untuk menjawab persoalan ‘bagaimana alam semesta ini diciptakan’. Model ini menjawab persoalan ini dengan menyatakan yang alam semesta ini bukanlah diciptakan, tetapi ianya telah wujud sejak Azali dan akan terus wujud untuk selama-lamanya. Alam semesta diterima sebagai satu himpunan kebendaan yang stabil, tetap dan tidak berubah dan fahaman ini mempromosikan yang alam semesta seperti ini tidak memerlukan seseorang untuk mempercayai akan wujudnya Pencipta.
Jawapan yang telah diberikan oleh ideologi ini 100 peratus bercanggah dengan hukum alam semesta secara umumnya. Lantas, lahirlah seorang demi seorang saintis bagi meneliti seterusnya mengkaji akan sejauh mana kebenaran yang telah diutarakan oleh model ini. Pada tahun 1929, di pusat pencerapan Mount Wilson California, seorang ahli astronomi Amerika bernama Edwin Hubble telah membuat satu pertemuan yang terbesar dalam sejarah astronomi. Kajian beliau telah membuktikan bintang-bintang secara berterusan bergerak menjauhi pemerhati (manusia). Konsep ini bertepatan dengan hukum Fizik yang diakui bahawa spektrum cahaya yang bergerak menuju ke arah titik pemerhatian cederung kepada warna ungu sementara spektrum cahaya yang bergerak menjauhi titik pemerhatian pula cenderung kepada warna merah. Penemuan terbesar ini telah diekperimenkan menggunakan teleskop gergasi di mana ketika beliau memerhatikan bintang-bintang di angkasa, beliau telah mendapati bahawa cahaya dari bintang-bintang tersebut beralih ke hujung warna merah spektrum cahaya dan semakin jauh bintang itu dari bumi, peralihan ini menjadi semakin ketara.
Tidak lama kemudian, Hubble menemui satu lagi penemuan yang sangat penting. Beliau mendapati, bintang-bintang dan galaksi-galaksi bukan sahaja bergerak menjauhi kita, tetapi juga antara satu sama lain. Satu-satunya kesimpulan yang boleh diputuskan dari sebuah alam semesta yang setiap sesuatu bergerak menjauhi antara satu sama lain ialah bahawa alam semesta itu ‘berkembang secara berterusan’. Secara praktikalnya untuk menjelaskan penemuan ini boleh dibayangkan sebagai permukaan belon yang sedang ditiup. Sama seperti titik-titik dipermukaan belon bergerak menjauhi antara satu sama lain ketika belon itu sedang mengembang, begitulah juga objek-objek di ruang angkasa bergerak menjauhi antara satu sama lain semasa alam semesta terus berkembang.
Kenyataan bahawa alam semesta berkembang mencadangkan satu model yang sangat berbeza dari model ‘static universe’ yang telah mendapat sambutan umum. Pengembangan alam semesta membayangkan apabila mengembara ke belakang ke dalam masa, alam semesta akan dibuktikan berasal dari satu titik tunggal. Pengiraan menunjukkan yang ‘titik tunggal’ ini mengandungi segala isi alam semesta seharusnya mempunyai ‘isipadu sifar’ dan ketumpatan tidak terhad. Alam semesta telah wujud melalui letupan titik tunggal dengan isipadu sifar ini. Letupan ini di namakan ‘BIG BANG’ dan teori ini dipanggil berdasarkan letupan ini.
Kita mengkin berasa hairan bagaimana satu titik tanpa isipadu, iaitu tanpa sebarang ruang dan ketumpatan yang tidak terhad boleh wujud. Sebenarnya, ‘satu titik tanpa isipadu dan ketumpatan tidak terhad’ adalah satu bentuk penjelasan secara teori. Secara saintifik, satu titik yang digambarkan sebagai memiliki ‘isipadu sifar’ bermakna satu titik tanpa sebarang isipadu. Sebenarnya, satu titik tanpa sebarang isipadu bermaksud yang ianya ‘tidak wujud’. Dengan itu, alam semesta telah wujud dari tiada. Fakta ini membatalkan segala hipotesis atau andaian materialisme yang mengatakan ‘alam semesta ini telah wujud secara azali’.
Setelah penemuan Big Bang (Letupan Besar) berjaya dikemukakan secara teori dan saintifik, tercabarlah saintis-saintis yang setia dengan falsfah materialisme mereka lantas bangun untuk menentang teori Big Bang ini. Lantas, hasil daripada ketidakpuas hati saintis-saintis ini, maka wujudlah sebuah lagi teori menggantikan teori lama (static universe) iaitu ‘steady state’. Sir Fred Hoyle, seorang ahli matematik dan astronomi terkemuka dunia merupakan orang yang memperjuangkan teori steady state ini demi mempertahankan teori materialisme mereka. Walaupun beliau menerima yang alam semesta berkembang, namun Hoyle mengemukakan yang alam semesta tidak terbatas saiznya dan abadi jangka hayatnya. Menurut model ini, semasa alam semesta ini berkembang, jirim atau benda secara tiba-tiba wujud dengan sendiri dan cuma setakat yang diperlukan. Dengan hanya tujuan berpura-pura untuk menyokong dogma “kewujudan jirim atau benda yang abadi”- dasar falsafah golongan materialisme- teori ini terlalu kontra dengan teori Big Bang yang mempertahankan bahawa alam semesta mempunyai permulaan. Mereka yang mempertahankan teori steady state menentang Big Bang dalam satu jangka masa yang lama. Sains, walau bagaimana pun, tidak menyebelahi mereka.
Terdapat banyak lagi bukti-bukti saintifik yang membuktikan kebenaran teori Big Bang ini. Kesemua bukti-bukti ini menyebabkan masyarakat saitifik terpaksa menerima teori Big Bang. Model Big Bang adalah pendirian terkini yang dicapai oleh sains dalam pembentukan dan permulaan alam semesta. Mempertahankan teori steady state di samping Fred Hoyle bertahun-tahun lamanya,akhirnya, Dennis Sciama menerangkan pendirian muktamad yang dicapai mereka setelah kesemua teori bagi Big Bang didedahkan. Sciama mengatakan yang beliau telah menyertai perdebatan hangat di antara penyokong teori steady state dan mereka yang telah menguji teori ini dengan harapan untuk manyangkalnya. Beliau menambah lagi yang beliau mempertahankan teori steady state bukanlah beliau menganggapnya munasabah tetapi kerana beliau mengharapkan ianya munasabah. Sciama mengatakan beliau pada permulaannya menyokong Hoyle namun disebabkan bukti-bukti saintifik semakin bertambah, beliau terpaksa mengakui yang ‘permainan telah tamat dan bahawa teori steady – state terpaksa disingkirkan’. Prof. George Abel dari Universiti California juga menyatakan bahawa bukti yang ada sekarang yang menunjukkan yang alam semesta telah wujud berbilion tahun lamanya melalui proses Big Bang. Beliau juga mengakui yang beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk menerima teori Big Bang ini.

Segala penjelasan dan kajian teori Big Bang ini sebenarnya merupakan bukti akan kebenaran al-Quran yang telah wujud 14 abad sebelum teori ini ditemukan.Teori Big Bang menunjukkan pada permulaannya, semua objek di dalam alam semesta pada asalnya bercantum dan kemudiannya terpisah.Fakta ini yang diandaikan oleh teori Big Bang telah pun dirakamkan di dalam al-Quran 14 abad yang lalu, ketika manusia memiliki pengetahuan yang amat terhad mengenai alam semesta :
‘Dan apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?’
Semua fakta-fakta ini menunjukkan bahawa dakwaan falsafah golongan materialis yang merupakan dogma abad ke-19 telah dibatalkan oleh sains di abad yang ke-20. Dengan menganggap segala-galanya tidak terdiri daripada yang lain selain jirim ataupun benda dengan menafikan kewujudan Maha Pencipta yang telah mewujudkan jirim atau benda dan mentadbirkannya. Dengan membongkar perancangan yag Agung, seni reka bentuk dan ketertiban lazim yang terdapat setiap bidang kebendaan, sains telah membuktikan kewujudan Maha Pencipta yang mentadbir keseluruhan ruang lingkup kebendaan iaitu Allah. Seni reka bentuk yang kita temui di dalam alam semesta juga wujud di dalam alam kehidupan, menyebabkan tiang utama materialisme dan teori Darwin (kajian mengenai asal usul manusia) runtuh. Secara konklusinya, berdasarkan penemuan secara teori dan saintifik dikuatkan lagi dengan kebenaran ayat-ayat yang dirakamkan di dalam Al-Quran telah membuka mata dan minda masyarakat dunia akan kebenaran sebenar segala jenis kewujudan di muka bumi ini. Lantas, secara tidak langsung segala fakta sains mengakui dan menerima dengan akurnya akan kewujudan satu kuasa yang lebih Agung, mencipta dan mentadbir segala kewujudan di alam fana ini, itulah kuasa yang Maha Hebat (Allah Ta'ala). Namun, secara tersiratnya segala perbalahan dan perdebatan yang berlaku sebenarnya telah disusun oleh kuasa Maha Hebat ini bagi membuktikan akan kebenaran wujudnya Allah yang Maha Agung.
[Surah Al-Anbiyaa’:30]

kalam_suci
Rujukan
Keabadian masa dan hakikat takdir, Harun Yahya
(Terbitan - Saba Islamic Media)
1 comments:
Assalamualaikum...saya nak tanya bagaimana saya ingin mengaitkan konsep ideologi dalam rekabntuk permainan yang saya akan design,??maksud saya dalam konteks macamn kaonsep untuk permainan saya bergerak
Post a Comment