Monday, September 20, 2010

dapat pegang stereng kereta jua akhirnya dikau..

Tanggal 8 September 2010, selepas tempuhi ujian memandu JPJ...huh.."alhamdulillah..LULUS jua aku akhirnya", katanya di dalam hati..getusan hati seorang teman sehidup sematiku..hehe..dulunya seorang co-pilot yang setia, nak pegang stereng kete pon takot..tapi, hasil kesedaran sendiri tentang pentingnya keperluan membw kereta..ha..baru nak p daftar kelas memandu kat COTT..ha..lepah nie aku pulak y jadi co-pilot hang ye..hehe..mg adenye lesen tu dapat memudahkan lagi gerak kerja Islam, kemudhan utk family dll...Congrate my dear for ur Lesen P..hukhuk

Lesen P dapat terus pas lulus JPJ


utk basahkah gusi je, tiada kaitan dgn empunya lesen P di atas..haha

S.O.L.A.T...???




Rasulullah s.a.w bersabda :

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim..

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepaladan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
H.R.Abu Daud & Tarmizi.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim..

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah
ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solatSubuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim.

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim.

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani

Tuesday, September 14, 2010

hanya sekelumit pengamalan...

Pengalaman bersama AFM telah telah memberi aku sedikit pengalaman berada di khalayak orang ramai. Walaupun aku pernah berpengalaman berucap di khalayak orang ramai sewaktu di MRSM, di Matrix dulu, namun ianya bukan selalu dan tidak menghilangkan kegabrahan aku sms berada di dpn orang. Jd, dapatlah aku merasa dok depan orang beberapa kali sepanjang bekerja ngan AFM..hehe..(bukan ape, perkara yang paling aku xsuke adalah dok bercakap dpn orang ramai..pasai tu la aku xmasuk jd MPP kat kampus dlu..hee). Lagi pun, memberi motivasi bukan kerana sudah tahu, namun kerana ingin tahu dan memberitahu agar bertambah pengalaman..Hayati Surah Fussilat ayat 33..

Antara sesi seminar/motivasi/ceramah yang aku sampaikan...

Ni semasa Akademi Imam Muda Siri 2 anjuran AFM

Sms memberi ceramah Isra' Mi'raj kat SK Nyatoh..bidan terjun ja nie..huhu

Saat nie tengah beri motivasi Petua 5 Pelajar Cemerlang kat adik2 SK Sega Rantau

Ni barisan Kepimpinan AFM

Nie antara gambar kenangan berlayar bersama AFM..ade beberapa lagi gambar-gambar spt di SMDAM, SMK Rantau dll..moga ianya jadi batu loncatan untuk aku merealisasikan impianku...amin