Thursday, November 13, 2008

apabila Islam mula dihina...




KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh)
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy ataupun pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.

Katanya fatwa yang dikeluarkan akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.

"Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikaian tetap timbul, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup.

"Sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi," katanya dalam satu kenyataan media.

ABIM katanya, khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.

Pendekatan terbaik kata Yusri untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan-perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan.

"Kita cadang Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan mengambil inisiatif lebih aggresif."

"Ini untuk menjelaskan kepada masyarakat umum rasional fatwa terbaru itu demi meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut," katanya.

Wednesday, November 12, 2008

dunia nantikan perubahan...


The whole world has been caught up in the election of America’s first black president, and Malaysia is no exception. So what is it about Barack Obama that fascinates us?




Semoga kemenangan yang diperolehi diisi dengan perubahan yang lebih positif dan baik berbanding pemerintahan lepas. Bukan sahaja rakyat Amerika menantikan perubahan daripada pemimpin baru mereka, tetapi dunia juga menginginkan demikian. Harapan dunia agar Barrack Obama mengetuai AS untuk mengkaji segera polisi dasar luarnya, terutama dalam isu yang membabitkan Timur Tengah dan dunia Islam keseluruhannya. Kami juga mengharapkan agar Obama mencari segera jalan penyelesaian untuk konflik di Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa buah negara Islam yang lain. Semoga Allah memudahkan penyelesaian pada konflik yang berlaku ke atas negara-negara Islam (Timur Tengah) agar mereka juga mengecapi kenikmatan hidup seperti kita...aminn...dunia nantikan perubahan...


"Kita mahu Obama membuka 'era baru' kepada politik dunia agar tidak lagi bersikap 'kuku besi' dan 'double standard' sebagaimana rejim sebelum ini!!"